Sunday, March 31, 2013

Flowerhorn A.K.A Ikan Lohan

Assalamualaikum..  Rasenye dah lame sangat aku tak update blog aku ni.. Ingat lagi ikan guppy yang aku bela dulu? Semuanya dah beranak.. Yg 1st tu banyak giler kot anak die.. Bayangkan sekor guppy betina boleh lahirkan hampir 70 ekor anak.. Tp cam biase la akhirnya semua anak2 guppy tu mati. Lame gak aku jage.. Sampai dekat nak besar la..
Setelah gagal beberape kali aku cuba ubah jenis ikan.. Sekarang aku lebih selesa bela ikan flowerhorn. Beli anak je yang mampu pun.. Seekor anak flowerhorn yang agak cantik kite boleh beli dengan harga RM25.. Yang reject pun aku beli gak dengan harga RM10.. Kaler b corak mmg out la.. Tp aku mmg pantang la kalau terjumpa ikan flowerhorn.. Geram je nak beli..sekarang aku dah ade 7 ekor flowerhorn..tunggu membesar jela...yang bestnya flowerhorn ni senang jage.. Cepat lak membesar.. Makan pun kite boleh bagi pellet atau anak ikan. Ok la..malas lak nak type banyak2.. Nanti aku sambung lagi citer pasal ikan ni.. :-)



Wednesday, January 9, 2013

Penjagaan Anak Ikan Guppy

Ni adalah cara penjagaan anak ikan guppy :

1. Meninjau persediaan tangki anda: Anak ikan Guppy adalah satu sumber makanan yang sangat baik untuk kebanyakan jenis ikan (walaupun ibu bapa mereka). Jika boleh anak ikan diasingkan dari ikan dewasa. Meletakkan mereka di dalam tangki yang berasingan adalah yang terbaik, tetapi jika anda tidak mempunyai akuarium tambahan, anda perlu menggunakan jaringan "tangki pembiakan". Gunakan jaringan ini di dalam akuarium anda yang sedia ada, dan ia berfungsi sebagai kandang bagi anak ikan atau dewasa.

Sunday, January 6, 2013

Tunggu masa nak beranak..

3 4 hari lepas aku p hantar brg kat Subang ngan wife aku. Sambil2 tu p la kot2 terjumpa kedai akuarium..Memang best la sbb xyah cari sgt sbb otw tu mmg dah ternampak kedai akuarium..mula2 nampak 1 kedai ke tp rupa2nya ade 2 lg kedai yg terletak berdekatan.. Fuuuhh...Kedai akuarium tu mmg best... Wat aku tepukau tgk hiasan akuarium dorg..pendek kate byk aksesori yg aku tak jumpe kat kl ni ade jual kat kedai tu.. Tp aku rilek dulu..beli 4 ekor ikan Guppy...2 jantan n 2 betina.. Yang betina tu saje  aku pilih yg tgh sarat..tggu masa je nak beranak..Guppy betina tu aku asingkan dlm bekas lain.. Tak sabar nak tggu anak2 guppy tu kluar..hehe...bila dah beranak nanti aku update lg.. tunggu....

Friday, January 4, 2013

Akuarium yang buat aku sejuk mata..

Saja nak kongsi ilham untuk korang hias akuarium korang.. :)

Selamat tinggal kelisa putihku...

Balik kampung kat Johor baru2 ni p la survey kedai akuarium kat Rengit. Susah betul nak cari kedai akuarium tp terjumpe jugak akhirnye. Sambil tengok2 ikan tu ternampak anak ikan kelisa. Panjang dalam 4" je. Tanya tokey tu harga cuma RM25. So aku tak fikir panjang terus beli. Siap demand beg plastik besar sebab nak tampung sampai kl. Sampai kl terus buh dalam akuarium..Nampak sihat dan lincah. Beli anak ikan untuk habuan kelisa baru aku tu. X silap aku tarikh aku beli kelisa ni time krismas lepas. Lepas beli kelisa tu aku tambah lagi asset akuarium aku ngan anak ikan Flowerhorn..beli sekor je yang kecik..Harga pun RM25. Beli kat Setiawangsa. Hari2 tengok akuarium tu mcm makin menarik lak bile banyak ikan. So aku minta bini aku teman p cari lagi sekor anak ikan flowerhorn...Kali ni dapat yang besar skit dari yg sebelum ni. Harga pun RM25 gak..

Pengenalan Ikan Guppy

Kenal tak ini ikan ape? Inilah ikan Guppy atau nama saintificnye Poecilia reticulata juge dikenali sebagai (Million fish) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling
popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana. Ikan Guppy berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean. Ikan Guppy mula-mulanya telah diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamunk terutamanya nyamuk aedes. Ikan Guppy yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah , atau hitam (saiz antara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiz antara 2-7cm). Ikan Guppy jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteria merupakan salah satu punca kematian ikan Guppy.